Tuesday, 14 June 2011

Produk IKS dengan Sijil Halal JAKIM.

Masa mula-mula nak mohon Sijil Halal JAKIM, ingatkan senang. Ya la. Syarikat melayu, jual produk makanan keropok macam tu. Tak kan haram? Tapi Bila dah mula buat, tiba-tiba rasa serabut. Contoh, laporan kewangan tahunan. Kami mana ada laporan dari firm akaun yang berbayar. Semua buat sendiri. Lagi, senarai ramuan main beli dar kedai tepi rumah.

Lagi teruk bila kami ni beli tepung dari sebuah syarikat yang memang terkenal. Ada cop Halal JAKIM kat paket dia. Bila minta salinan sijil Halal dari diorang, diorang tak nak bagi. Pelik. Diorang kata:

"Kami susah-susah mintak sijil Halal ni, u senang-senang je mintak."

Bengang betul. Tolong la kami. Sebab kami kena lampirkan sijil Halal pembekal. Tapi Tak nak tolong. Pusing juga kepala. Tanya kawan-kawan. Tanya JAKIM. Tak banyak membantu. Tapi alhamdulillah. Lama-lama dapat juga sijil Halal tu. Walaupun lambat sikit dari jangkaan. Itu belum bahagian pemeriksaan lagi.

Bila dah ada sijil Halal, senang sikit la bisnes. Alhamdulillah. Kita nak cakap barang kita ada Halal pun yakin je. Sebab memang kita pantau bahan-bahan basah semuanya. Walaupun susah masa nak mohon, tapi lepas tu inshaAllah mudah.

- Rahman.

No comments: