Tuesday, 5 July 2011

Kesilapan Biasa Ketika Memohon Halal JAKIM

Assalamualaikum.

Ramai yang bertanya pada saya tentang kesilapan-kesilapan biasa pemohon Sijil Halal JAKIM lakukan. Kebanyakkan yang bertanya ni belum mohon Sijil Halal JAKIM lagi. Cuma mahukan tip-tip yang sepatutnya sebelum memulakan langkah. Jadi untuk entry kali ini, saya akan cuba sentuh beberapa kesilapan yang biasa dilakukan oleh pemohon Sijil Halal JAKIM.

1. Pernah atau memang menggunakan bahan yang haram. Bila kita proses makanan, yang penting kena keluarkan dahulu bahan-bahan yang haram seperti babi, arak, anjing dan berkaitan. Contoh, berus menggunakan bulu babi atau membela anjing di premis perniagaan. Walaupun kita memang proses barang makanan Halal, perkara berkaitan juga kena ambil perhatian.

2. Tiada salinan Sijil Halal pengeluar bahan mentah. Apabila kita memulakan perniagaan, kita biasanya dapatkan barangan basah dari pengeluar atau pengedar. Selain kita dapatkan barangan, invois atau resit, kita juga perlukan salinan Sijil Halal JAKIM atau badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM. Bila kita ada salinan Sijil Halal JAKIM, maka mudah untuk kita mohon Sijil Halal untuk premis atau kilang kita.

3. Nama menu yang tidak sesuai. Kebiasaannya kita biasa menamakan menu dengan nama yang menarik. Contoh seperti Hot Devilled Curry. Nama ini kononnya nak menggambarkan betapa pedasnya kari tersebut sampai jadi syaitan (Devilled) atau tahap "kenerakaan" kari tu, punyalah pedas. Tetapi nama ini tidak diterima oleh pihak JAKIM. Cuba tukar kepada Hot Sangat Curry atau Hot-Hottest Curry. Antara nama lain yang tidak sesuai ialah Scotch, Beer, Kut Teh, Babi Halal, Ham dan Bacon.

4. Tiada pekerja Muslim rakyat Malaysia. JAKIM sangat pentingkan perkara ni. Kena ada dua orang pekerja Muslim sekurang-kurangnya 2 orang. Bila tiada pekerja Muslim ni, permohonan di halal.gov.my akan jadi bermasalah dan tersangkut. Ada yang sangkut sehingga 2 tahun, sebab tiada pekerja Muslim seramai 2 orang.

5. Gagal mengenal pasti bahan kritikal, major minor dan tidak kritikal. Terdapat pengkelasan diantara bahan-bahan ni. Contoh bahan kritikal ialah babi, anjing dan arak. Contoh bahan major ialah emulsifier, minyak, lemak, perasa dan enzim. Contoh bahan minor ialah bahan pemprosesan seperti kicap, soso cili, mee dan belacan. Manakala tidak kritikal seperti telur, daun pandan, daun kesum dan bahan-bahan semulajadi. Jadi, sila semak semula bahan-bahan anda untuk memudahkan urusan mengemaskini dalam e-Halal.

ps: Semua maklumat mengenai Sijil Halal JAKIM untuk Hotel boleh diperolehi di laman web halal.gov.my.

Sebarang pertanyaan boleh emel di: azmel.aziz@gmail.com

Islamic Religious Councils Advised To Set Up Own Abattoirs

KUALA TERENGGANU, July 2 (Bernama) -- State Islamic religious councils have been advised to set up their own abattoirs to ensure confidence among Muslims that meat and poultry slaughter processes were truly halal.

Minister in the Prime Minister's Department Major-General (Rtd) Datuk Seri Jamil Khir Baharom said the respective councils could achieve this by forming a subsidiary company or by cooperating with other companies.

He said there were still people who questioned the halal status of slaughtered poultry.
"So, I suggest that state Islamic religious councils set up their own slaughterhouses and obtain a certificate to restore confidence in the public," he told reporters after launching the 21st Civil and Syarak Law Coordination Conference here Saturday.

The conference was also attended by Malaysian Islamic Development Department director-general Othman Mustapha and state religious and information committee chairman Khazan Che Mat.

Jamil Khir hoped non-Muslim operators would also heed syariah requirements by providing Muslim slaughterers, including foreigners.

-- BERNAMA

Tuesday, 14 June 2011

Produk IKS dengan Sijil Halal JAKIM.

Masa mula-mula nak mohon Sijil Halal JAKIM, ingatkan senang. Ya la. Syarikat melayu, jual produk makanan keropok macam tu. Tak kan haram? Tapi Bila dah mula buat, tiba-tiba rasa serabut. Contoh, laporan kewangan tahunan. Kami mana ada laporan dari firm akaun yang berbayar. Semua buat sendiri. Lagi, senarai ramuan main beli dar kedai tepi rumah.

Lagi teruk bila kami ni beli tepung dari sebuah syarikat yang memang terkenal. Ada cop Halal JAKIM kat paket dia. Bila minta salinan sijil Halal dari diorang, diorang tak nak bagi. Pelik. Diorang kata:

"Kami susah-susah mintak sijil Halal ni, u senang-senang je mintak."

Bengang betul. Tolong la kami. Sebab kami kena lampirkan sijil Halal pembekal. Tapi Tak nak tolong. Pusing juga kepala. Tanya kawan-kawan. Tanya JAKIM. Tak banyak membantu. Tapi alhamdulillah. Lama-lama dapat juga sijil Halal tu. Walaupun lambat sikit dari jangkaan. Itu belum bahagian pemeriksaan lagi.

Bila dah ada sijil Halal, senang sikit la bisnes. Alhamdulillah. Kita nak cakap barang kita ada Halal pun yakin je. Sebab memang kita pantau bahan-bahan basah semuanya. Walaupun susah masa nak mohon, tapi lepas tu inshaAllah mudah.

- Rahman.

Monday, 13 June 2011

Muqadimah

Saya Azmel Hj. Aziz. Berasal dari Selangor. Saya banyak terlibat dengan Industri Halal. Industri Halal ni bukan setakat makanan dengan minum sahaja. Tapi lebih meluas untuk produk-produk seperti kosmetik, logistik, kelengkapan rumah dan yang berkaitan.

Saya graduan dalam Pengajian Islam, dengan pengkhususan Syariah. Saya harap dengan ada nya blog ini dapat membantu anda mengetahui selok belok untuk memohon sijil Halal dari JAKIM, panduan keselamatan makanan dan perkara yang berkaitan. Sekiranya ada seberang permasalahan, boleh emel terus ke azmel.aziz@gmail.com .