Tuesday, 5 July 2011

Kesilapan Biasa Ketika Memohon Halal JAKIM

Assalamualaikum.

Ramai yang bertanya pada saya tentang kesilapan-kesilapan biasa pemohon Sijil Halal JAKIM lakukan. Kebanyakkan yang bertanya ni belum mohon Sijil Halal JAKIM lagi. Cuma mahukan tip-tip yang sepatutnya sebelum memulakan langkah. Jadi untuk entry kali ini, saya akan cuba sentuh beberapa kesilapan yang biasa dilakukan oleh pemohon Sijil Halal JAKIM.

1. Pernah atau memang menggunakan bahan yang haram. Bila kita proses makanan, yang penting kena keluarkan dahulu bahan-bahan yang haram seperti babi, arak, anjing dan berkaitan. Contoh, berus menggunakan bulu babi atau membela anjing di premis perniagaan. Walaupun kita memang proses barang makanan Halal, perkara berkaitan juga kena ambil perhatian.

2. Tiada salinan Sijil Halal pengeluar bahan mentah. Apabila kita memulakan perniagaan, kita biasanya dapatkan barangan basah dari pengeluar atau pengedar. Selain kita dapatkan barangan, invois atau resit, kita juga perlukan salinan Sijil Halal JAKIM atau badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM. Bila kita ada salinan Sijil Halal JAKIM, maka mudah untuk kita mohon Sijil Halal untuk premis atau kilang kita.

3. Nama menu yang tidak sesuai. Kebiasaannya kita biasa menamakan menu dengan nama yang menarik. Contoh seperti Hot Devilled Curry. Nama ini kononnya nak menggambarkan betapa pedasnya kari tersebut sampai jadi syaitan (Devilled) atau tahap "kenerakaan" kari tu, punyalah pedas. Tetapi nama ini tidak diterima oleh pihak JAKIM. Cuba tukar kepada Hot Sangat Curry atau Hot-Hottest Curry. Antara nama lain yang tidak sesuai ialah Scotch, Beer, Kut Teh, Babi Halal, Ham dan Bacon.

4. Tiada pekerja Muslim rakyat Malaysia. JAKIM sangat pentingkan perkara ni. Kena ada dua orang pekerja Muslim sekurang-kurangnya 2 orang. Bila tiada pekerja Muslim ni, permohonan di halal.gov.my akan jadi bermasalah dan tersangkut. Ada yang sangkut sehingga 2 tahun, sebab tiada pekerja Muslim seramai 2 orang.

5. Gagal mengenal pasti bahan kritikal, major minor dan tidak kritikal. Terdapat pengkelasan diantara bahan-bahan ni. Contoh bahan kritikal ialah babi, anjing dan arak. Contoh bahan major ialah emulsifier, minyak, lemak, perasa dan enzim. Contoh bahan minor ialah bahan pemprosesan seperti kicap, soso cili, mee dan belacan. Manakala tidak kritikal seperti telur, daun pandan, daun kesum dan bahan-bahan semulajadi. Jadi, sila semak semula bahan-bahan anda untuk memudahkan urusan mengemaskini dalam e-Halal.

ps: Semua maklumat mengenai Sijil Halal JAKIM untuk Hotel boleh diperolehi di laman web halal.gov.my.

Sebarang pertanyaan boleh emel di: azmel.aziz@gmail.com

Islamic Religious Councils Advised To Set Up Own Abattoirs

KUALA TERENGGANU, July 2 (Bernama) -- State Islamic religious councils have been advised to set up their own abattoirs to ensure confidence among Muslims that meat and poultry slaughter processes were truly halal.

Minister in the Prime Minister's Department Major-General (Rtd) Datuk Seri Jamil Khir Baharom said the respective councils could achieve this by forming a subsidiary company or by cooperating with other companies.

He said there were still people who questioned the halal status of slaughtered poultry.
"So, I suggest that state Islamic religious councils set up their own slaughterhouses and obtain a certificate to restore confidence in the public," he told reporters after launching the 21st Civil and Syarak Law Coordination Conference here Saturday.

The conference was also attended by Malaysian Islamic Development Department director-general Othman Mustapha and state religious and information committee chairman Khazan Che Mat.

Jamil Khir hoped non-Muslim operators would also heed syariah requirements by providing Muslim slaughterers, including foreigners.

-- BERNAMA